PERMOHONAN PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR DALAM DIPLOMA DI KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI & PROFESIONAL, PERLIS, MALAYSIA (KATPM) TELAH DIBUKA SEKARANG.
*Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak kolej.
MENGAPA KATPM MENJADI PILIHAN?
Mudah! Pilihlah Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) sebagai destinasi anda untuk melanjutkan pengajian. KATPM adalah satu-satunya pilihan ramai pelajar dari segenap pelusuk negara kerana kelebihan dalam perkara-perkara berikut :
- Semua kursus yang ditawarkan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- KATPM akan membantu mendapatkan pinjaman pelajaran bagi yang layak dan semua pelajar KATPM yang sedia ada telah pun mendapat pinjaman daripada PTPTN atau Agensi Kerajaan.
- Diploma yang dikeluarkan oleh KATPM telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan (JPA) setaraf dengan diploma yang dikeluarkan oleh mana-mana universiti awam dan semua graduan layak dipertimbangkan untuk menjadi kakitangan awam.
- Tenaga pengajar yang berijazah, bertauliah dan profesional