MUTIARA HIKMAH UNTUK LEPASAN PELAJAR SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)



PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR BARU LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) KE KATPM
Sesiapa yang mahu dapatkan atau dapat surat tawaran KATPM Perlis  DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT EMAIL DAN NAMA KURSUS yang diambil, AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 untuk pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran KATPM.


MENGAPA KATPM MENJADI PILIHAN?
Mudah! Pilihlah Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) sebagai destinasi anda untuk melanjutkan pengajian. KATPM adalah satu-satunya pilihan ramai pelajar dari segenap pelusuk negara kerana kelebihan dalam perkara-perkara berikut :

  • Semua kursus yang ditawarkan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • KATPM akan membantu mendapatkan pinjaman pelajaran bagi yang layak dan semua pelajar KATPM yang sedia ada telah pun mendapat pinjaman daripada PTPTN atau Agensi Kerajaan.
  • Diploma yang dikeluarkan oleh KATPM telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan (JPA) setaraf dengan diploma yang dikeluarkan oleh mana-mana universiti awam dan semua graduan layak dipertimbangkan untuk menjadi kakitangan awam.
  • Tenaga pengajar yang berijazah, bertauliah dan profesional.


Ingin berjaya dalam pelajaran?
Ingin mendapatkan suatu cara belajar yang efektif dan mudah ? Berikut ini adalah 7 (tujuh) langkah yang dapatanda lakukan dan kembangkan sendiri yang diterjemahkan daripada buku   Seven Habits of Highly Effective People karangan Stephen R. Covey.
 
1. Bertanggung jawab pada diri sendiri. 
Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2. Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. 
Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda.Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.
 

3. Dahulukan mana yang penting. 
Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain menggangu apa yang telah anda tetapkan.
 
4. Anggap anda berada dalam "win-win situation".           
Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan, juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara begini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas. 
 
5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. 
Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik      dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja,      tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.
 
6. Cari penyelesaian yang lebih baik. 
Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada     hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.
 
7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. 
Dengan cara ini, belajar akan terasa mengasyikkan dan mungkin anda mendapatkan idea-idea yang cemerlang.
 
Semoga 7 (tujuh) langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran. 
 
-abufiras-





Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال