Diploma Pembantu Perubatan
Sesiapa yang mahu dapatkan atau dapat surat tawaran KATPM Perlis DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT EMAIL DAN NAMA KURSUS yang diambil, AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 atau ammarmaju@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran KATPM.
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Malaysia bermula seawal zaman penjajahan Inggeris dengan penggunaan jawatan Dresser dan terakhir dikenali sebagai Medical Assistant (MA) atau Pembantu Perubatan. Kerjaya PPP berorientasikan elemen promosi, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi dalam penjagaan dan perawatan kesihatan pesakit dan ditempatkan samada di hospital kerajaan, hospital swasta, klinik 1Malaysia, Rumah Sakit Angkatan Tentera dan sebagainya.
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional merupakan kolej swasta yang pertama di Utara Semenanjung yang menawarkan Program Pembantu Perubatan di peringkat diploma selama tiga (3) tahun pengajian dengan pengiktirafan daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Agensi Kelayakan Malaysia.
Syarat Kelayakan
Lima (5) kepujian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di dalam Bahasa Melayu, dua (2) subjek sains (Matematik, Matematik Tambahan, Sains Am, Biologi, Kimia, Fizik, Rampaian Sains) dua (2) subjek lain dan lulus Bahasa Inggeris serta sihat tubuh badan serta tiada cacat anggota.
Prospek Kerjaya
Sektor kerajaan:Hospital dan klinik kesihatan, kem PLKN, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik(PUSPEN), Angkatan Tentera Malaysia, Perkhitmatan Kepakaran(program perubatan), Perkhitmatan Sub-Kepakaran, Penjara dan Kementerian Pengajian Tinggi
Sektor Swasta: hospital, pusat dialysis, hotel, kilang, pelantar minyak, kapal dagang dan pelancongan, Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan peladangan
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak kolej KATPM Perlis,